Yang bergambar dengan saya tu adalah Mr. Previndran Dato’ Singhe, CEO Zerin Properties. Apa yang menarik tentang beliau ialah bagaimana dia mengubah hidupnya daripada seseorang yang belum stabil menjadi Jutawan.
Suatu ketika dahulu dia hanyalah pekerja di sebuah syarikat, selepas itu menjadi ejen hartanah. Dia menceritakan kisah kejayaannya bermula daripada sebuah buku motivasi yang dituliskan oleh Anthony Robbins. Buku bertajuk “ Awaken the Giant” mengubah cara dia berfikir dalam hidup dan juga perniagaan.
Bermula dari situ dia mula menanam minat membaca iaitu lebih kurang 4 jam sehari. Walaupun pergi ke tandas, dia tetap membawa buku.
Dengan membuka minda luas tanpa sempadan, Beliau berfikir alang- alang menjual hartanah di Malaysia, tetapi alngkah baiknya jika dapat menjual hartanah di seluruh dunia.
Dengan itu, beliau mula menjual beberapa buah hotel di dalam dan luar Negara. Beliau juga menceritakan bagaimana dia menjemput seorang Prince dari arab datang dengan kapal terbang sendiri untuk berurusniaga dengannya di Malaysia. Pelbagai persiapan perlu dilakukan termasuk membawa perdana menteri untuk menyambut kedatangan Prince tersebut.
Selain itu, ketika beliau menjual tanah di sebuah pulau, terdapat banyak panggilan dari kerabat diraja, sultan- sultan yang perlu dilayan. Ini semua memberi pengalaman baru kepadanya hanya dengan Mengubah CARA BERFIKIR!!
Hasilnya, Previndran telah dinobatkan sebagai “ Real Estate Agent of the year 2009” kerana Berjaya melibatkan transaksi kewangan dalam jumlah yang besar.
Ubah cara anda berfikir pastinya boleh berjaya!!
Saya masih teringat lagi ketika pelancaran buku di PWTC KL. Untuk pelancaran tu, saya kenalah menaiki pesawat dari Kuching ke KLIA. Ketika sedang duduk, di airport kuching, Saya sempat bersalaman dengan CEO air asia Dato Tony Fernandes yang baru sampai ke kuching. Beliau sangat peramah dan sentiasa senyum.
Sedang menantikan waktu untuk bertolak, saya sempat berbual dengan seorang kawan iaitu Prof Dr Frank yang juga merupakan director Open University. Kami sempat bercerita tentang buku Masa Cipta Kejayaan yang saya tulis. Pelbagai idea dikongsi bersama dalam masa yang singkat itu.
Gambar di atas pula, kelihatan saya naik ke pentas, yang berbaju merah adalah penulis terkenal Azizi Ali, berbaju biru gelap pula CEO MPH bookstores serta kakitangan Truewealth Publishing.
Selain itu, saya sempat bergambar dengan para penulis yang hadir pada masa itu.
Apa yang saya nak terangkan di sini ialah ianya satu pengalaman yang indah dengan mengenali ramai orang ternama selain kawan- kawan rapat.
Jika anda membaca buku Masa Cipta Kejayaan iaitu bahagian “Berfikir di Gambaran Akhir” anda pasti dapat mempelajari sesuatu rahsia dalam mempraktikkannya. Bukannya saya terlalu hebat sehingga dikenali ramai tetapi, dengan berfikir di gambaran akhir saya yang hanyalah budak kampung suatu ketika dulu juga boleh menikmati sedikit kejayaan hidup. Kini, saya tidak sabar lagi untuk melangkah lebih jauh ke arah mencipta kejayaan. Anda juga boleh Berjaya!! Selamat Berjaya!!!
Saya baru saja balik dari Kuala Lumpur. Sungguhpun begitu saya sempat berjumpa dengan En. Mir Helminiry ( Presiden akademi hipnosis Malaysia) di intekma Resort Shah Alam.
Wow, sungguh menakjubkan setelah melihat beliau beaksi dalam menghipnosis salah seorang peserta yang hadir. Peserta tu memang benar- benar terpukau. Bukan saya seorang sahaja malah ada lagi beberapa orang rakan yang lain juga kagum.
Sebenarnya Hipnosis telah lama dipraktikkan di negara barat. Ianya satu cara yang mampu menenangkan seseorang dan boleh meningkatkan keyakinan diri.
seorang remaja yang saya kenali sering menganggap ibu dan ayahnya tidak faham yang dunia sekarang semakin moden. setiap gerak gerinya sering diambil tahu oleh kedua orang tuanya itu..
apa yang paling tidak menyenangkannya ialah setiap kali balik lewat mereka akan menunggu di depan rumah dengan muka masam. seringkali jua kata- kata nasihat mereka sudah biasa didengari. Dia berasa kurang senang dan tidak bebas. ayahnya dia gelar sebagai singa yang garang manakala ibunya seperti harimau.
Mendengar penjelasannya itu, saya agak terkejut. Sungguhpun saya anggap dia sebagai kawan tetapi saya harus memberi nasihat yang betul tanpa berat sebelah..
saya berkata ” kawanku, memang benar kamu berasa terkongkong. saya faham. sungguhpun begitu, jgn lupa bahawa mereka bertindak demikian kerana mereka sayang awak.
Sekarang mungkin awak salah anggap. tetapi kelak jangan pula kamu rindu jika mereka sudah tiada. Ramai remaja tidak tahu bahawa ibu bapa mereka sangat menyayangi mereka. Hargailah saat yang ada bersama mereka dan cubalah bawa berbincang dengan mereka segala masalah anda. Anda sangat bertuah jika anda dapat tahu bahawa begitu ramai orang yang inginkan belaian kasih ibu bapa terutamanya anak- anak yatim. Jadilah lebih rasional dengan orang tuamu. ok.
Seringkali kita terdengar orang merungut kerana kerosakan harta benda awam. Kebanyakannya disebabkan oleh para remaja atau golongan muda. Itulah yang dikatakan orang ramai. Sebanarnya semua orang sama sahaja. Semua orang mampu melakukan sesuatu yang baik dan sesuatu yang tidak baik. Segala tindakan yang diambil berpunca daripada cara seseorang individu itu berfikir.
Mungkin anda hairan jika masalah vandalisme saya kaitkan dengan tajuk “Pemimpin yang Hebat.”. Apakah kaitannya?
Mudah sahaja, untuk menjadi pemimpin yang hebat, anda haruslah tahu seimbangkan pengetahuan atau ilmu dengan pembangunan. Di mana, masyarakat sekarang bukan sahaja memerlukan kemudahan yang lengkap tetapi ilmu pengetahuan yang tinggi. Contohnya penggunaan internet akan mudah disalahgunakan jika seseorang itu belum matang lagi. Selain itu, harta benda awam yang disediakan seperti pondok telefon, perhentian bas dan sebagainya dirosakkan tanpa mengetahui betapa pentingnya kemudahan tersebut.
Mungkin anda pernah mendengar pepatah ini;
“ Jika anda berikan ikan kepada anak anda pada hari ini, esoknya dia pasti akan menunggu ikan lagi pada keesokan harinya. Tetapi, jika anda mengajar anak anda memancing ikan, dia mampu mencari ikan sendiri tanpa perlukan bantuan anda. “
Pemimpin yang saya maksudkan di sini bukan sahaja para ahli politik atau tokoh korporat tetapi juga diri anda yang sebagai bapa/ ibu/ anak/ kakak/ abang/ adik serta banyak lagi.
Ingat! Jangan terlalu memberi kesenangan kepada anak2 tetapi ajarlah mereka bagaimana hendak Hidup dalam kejayaan.
Seorang kawan mengadu kepada saya bahawa hubungannya dengan isterinya tidak seperti dulu lagi. Seolah- olah semakin banyak masalah pula yang datang. Katanya isterinya dah tak sepeti dahulu lagi. Kini, walaupun sudah mempunyai tiga orang anak, dia merasakan isterinya kurang mesra berbanding dahulu.
Kalau dahulu, isterinya sentiasa memastikan rumah dalam keadaan yang sangat kemas, membuat segala kerja rumah dengan baik dan makanan sentiasa terhidang tepat pada waktunya.
Setelah mengadu kepada saya, dia berharap saya dapat membantu agar isterinya kembali seperti dahulu.
Terus terang saya katakan saya tidak dapat mengubah isterinya dengan apa cara sekalipun kerana saya bukan Tuhan. Apa yang boleh saya buat hanya memberi kaunseling dan nasihat. Perubahan bergantung kepada individu itu sendiri.
Ramai individu adalah pemalas dan sering memilih jalan yang singkat. Contohnya mencari jalan singkat untuk kaya dengan membeli nombor ekor atau skim cepat kaya. Individu seperti ini menganggap dengan berjumpa pakar kaunseling segala masalahnya akan selesai. Sebenarnya bukan begitu, tetapi semua yang kita dapat dalam hidup kita bergantung kepada usaha sebenar kita selama ini.
Kawan saya tadi berharap agar saya dapat mengubah isterinya adalah satu kesilapan. Saya bukannya jalan singkat untuk segala- galanya. Saya cuma pakar kaunseling.
Pernahkah anda pergi ke satu majlis keramaian dan berasa sangat seronok? Terus terang saya katakan sehebat manapun keseronokan itu ianya tidak akan berkekalan sampai ke keesokan hari. Sebaliknya kehidupan di hari esok sungguh berlainan berbanding sebelumnya.
Saya yakin perkahwinan wujud kerana percintaan. Ada juga pasangan yang sanggup membunuh diri kerana cinta. Tetapi, tahukah anda bahawa ramai juga pasangan yang bercerai? Ini membuktikan bahawa cinta juga sebenarnya bukan sesuatu yang kekal.
Pesan saya: Semua benda di dunia ini tidak akan berkekalan. Apa yang membuatkan cinta, kebahagiaan serta keseronokan itu berkekalan adalah usaha anda sendiri. Untuk kekalkan percintaan, anda haruslah mencari cinta itu setiap hari. CINTA HARUSLAH DIPERBAHARUI SETIAP WAKTU.
Oleh itu, berbalik kepada kawan saya tadi, dia tidak sepatutnya inginkan cinta daripada isterinya seperti dahulu. Dia sendiri haruslah menabur cinta yang lebih mendalam lagi.
2 Bulan kemudian kami berjumpa lagi. Kawan saya itu mengakui bahawa selama ini dia kurang berusaha. Setelah mempunyai 3 orang anak, isterinya perlu meluangkan masa untuk anak- anak juga. Dia sedar dan tidak sepatutnya mementingkan diri. Kini, dia sanggup meluangkan masa bersama keluarga dengan penuh kasih sayang. Carilah cinta dan kebahagiaan yang berterusan dalam kehidupan berumah tangga.
Manusia dan Masalah!
Semua benda hidup di dunia ini harus mempunyai masalah. Apatah lagi manusia. Siapa diri anda yang sebenarnya bergantung kepada bagaimana hebatnya anda dalam menyelesaikan masalah.
Saya ingin kongsikan hal ini kerana, ramai mereka yang asyik merungut kerana belum Berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Mereka ni macam tak puas hati je.. ada pula yang berkata dunia ini tidak adil.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang sudah Berjaya? Adakah dunia ini terlalu menyebelahi mereka?
Mari kita ambil contoh orang yang Berjaya seperti Tan Sri Lim yang Berjaya mewujudkan Genting Highland sehingga Berjaya tersenarai dalam senarai orang terkaya di Malaysia.
Beliau dilahirkan dari keluarga miskin di China. Akibat hidup susah pelbagai benda dilakukan untuk menampung kehidupan. Apabila Negara China diserang oleh tentera jepun, beliau sanggup menaikki tongkang ke Malaysia kerana kemungkinan beliau akan dibunuh jika dijumpai oleh askar Jepun.
Di Malaysia dia tinggal bersama saudaranya yang juga merantau. 1945 Jepun menyerang Malaya. Rakyat cina sering didera oleh pihak Jepun. Untuk meneruskan kehidupan, beliau memberanikan diri menanam sayur untuk berniaga dan mengutip besi buruk. Dalam keadaan darurat pun dia terpaksa jalankan perniagaan sehingga hampir dibunuh.
Baru- baru ini (Disember 2008), kilang Western Digital atau sebelum ini dikenali sebagai Komag USA membuat pengumuman akan menutup kilang dan berhenti beroperasi di Sarawak. Ini mengakibatkan seramai 1500 orang pekerja hilang pekerjaan. Apa nak buat ye? Masalah ekonomi global melanda.
Para pemimpin politik di Sarawak berharap agar mereka yang diberhentikan kerja mampu mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan.
Boleh ke jadi usahawan? Inilah soalan yang pasti bermain di fikiran mereka..
Nasihat saya…
Saya tahu mereka pasti ingin mengubah hidup mereka untuk menjadi lebih baik. Menjadi usahawan adalah peluang yang terbaik untuk mengubah hidup dan berdikari. Selama ini mereka adalah pekerja dan masa depan ditentukan oleh majikan. Memang patut untuk berubah kan…
Ini pesan saya…
Tidak kira apa sahaja yang anda lakukan tanyalah diri anda “ mahu ke tak mahu langsung?”
Sebagai seorang jurujual, menjual sesuatu adalah misi utama. Bolehkah menjual kalau malu bertanya? Pastinya tidak. Tapi fikir semula, anda mahu keuntungan atau balik tangan kosong seolah- olah membuang masa sahaja.. Ingat! Tanya diri anda “ Mahu ke tak mahu langsung?” Kalau tak mahu tak payahlah buang masa kerana anda pasti rugi. Tetapi kalau mahu, jangan fikir panjang… buat dan nampakkan hasilnya!
Begitulah hidup ini, anda mahu berjaya atau tidak terpulang pada diri anda.. jika anda berimpian tinggi dan inginkan kejayaan katakan SAYA MAHU BERJAYA!




