Archive for November, 2009
Yang bergambar dengan saya tu adalah Mr. Previndran Dato’ Singhe, CEO Zerin Properties. Apa yang menarik tentang beliau ialah bagaimana dia mengubah hidupnya daripada seseorang yang belum stabil menjadi Jutawan.
Suatu ketika dahulu dia hanyalah pekerja di sebuah syarikat, selepas itu menjadi ejen hartanah. Dia menceritakan kisah kejayaannya bermula daripada sebuah buku motivasi yang dituliskan oleh Anthony Robbins. Buku bertajuk “ Awaken the Giant” mengubah cara dia berfikir dalam hidup dan juga perniagaan.
Bermula dari situ dia mula menanam minat membaca iaitu lebih kurang 4 jam sehari. Walaupun pergi ke tandas, dia tetap membawa buku.
Dengan membuka minda luas tanpa sempadan, Beliau berfikir alang- alang menjual hartanah di Malaysia, tetapi alngkah baiknya jika dapat menjual hartanah di seluruh dunia.
Dengan itu, beliau mula menjual beberapa buah hotel di dalam dan luar Negara. Beliau juga menceritakan bagaimana dia menjemput seorang Prince dari arab datang dengan kapal terbang sendiri untuk berurusniaga dengannya di Malaysia. Pelbagai persiapan perlu dilakukan termasuk membawa perdana menteri untuk menyambut kedatangan Prince tersebut.
Selain itu, ketika beliau menjual tanah di sebuah pulau, terdapat banyak panggilan dari kerabat diraja, sultan- sultan yang perlu dilayan. Ini semua memberi pengalaman baru kepadanya hanya dengan Mengubah CARA BERFIKIR!!
Hasilnya, Previndran telah dinobatkan sebagai “ Real Estate Agent of the year 2009” kerana Berjaya melibatkan transaksi kewangan dalam jumlah yang besar.
Ubah cara anda berfikir pastinya boleh berjaya!!
Saya masih teringat lagi ketika pelancaran buku di PWTC KL. Untuk pelancaran tu, saya kenalah menaiki pesawat dari Kuching ke KLIA. Ketika sedang duduk, di airport kuching, Saya sempat bersalaman dengan CEO air asia Dato Tony Fernandes yang baru sampai ke kuching. Beliau sangat peramah dan sentiasa senyum.
Sedang menantikan waktu untuk bertolak, saya sempat berbual dengan seorang kawan iaitu Prof Dr Frank yang juga merupakan director Open University. Kami sempat bercerita tentang buku Masa Cipta Kejayaan yang saya tulis. Pelbagai idea dikongsi bersama dalam masa yang singkat itu.
Gambar di atas pula, kelihatan saya naik ke pentas, yang berbaju merah adalah penulis terkenal Azizi Ali, berbaju biru gelap pula CEO MPH bookstores serta kakitangan Truewealth Publishing.
Selain itu, saya sempat bergambar dengan para penulis yang hadir pada masa itu.
Apa yang saya nak terangkan di sini ialah ianya satu pengalaman yang indah dengan mengenali ramai orang ternama selain kawan- kawan rapat.
Jika anda membaca buku Masa Cipta Kejayaan iaitu bahagian “Berfikir di Gambaran Akhir” anda pasti dapat mempelajari sesuatu rahsia dalam mempraktikkannya. Bukannya saya terlalu hebat sehingga dikenali ramai tetapi, dengan berfikir di gambaran akhir saya yang hanyalah budak kampung suatu ketika dulu juga boleh menikmati sedikit kejayaan hidup. Kini, saya tidak sabar lagi untuk melangkah lebih jauh ke arah mencipta kejayaan. Anda juga boleh Berjaya!! Selamat Berjaya!!!



