Archive for the ‘ Kehidupan ’ Category

Cinta, Kebahagiaan Mahupun Keseronokan Tidak Akan Berkekalan.

Seorang kawan mengadu kepada saya bahawa hubungannya dengan isterinya tidak seperti dulu lagi. Seolah- olah semakin banyak masalah pula yang datang. Katanya isterinya dah tak sepeti dahulu lagi. Kini, walaupun sudah mempunyai tiga orang anak, dia merasakan isterinya kurang mesra berbanding dahulu.

Kalau dahulu, isterinya sentiasa memastikan rumah dalam keadaan yang sangat kemas, membuat segala kerja rumah dengan baik dan makanan sentiasa terhidang tepat pada waktunya.

Setelah mengadu kepada saya, dia berharap saya dapat membantu agar isterinya kembali seperti dahulu.

Terus terang saya katakan saya tidak dapat mengubah isterinya dengan apa cara sekalipun kerana saya bukan Tuhan. Apa yang boleh saya buat hanya memberi kaunseling dan nasihat. Perubahan bergantung kepada individu itu sendiri.

Ramai individu adalah pemalas dan sering memilih jalan yang singkat. Contohnya mencari jalan singkat untuk kaya dengan membeli nombor ekor atau skim cepat kaya. Individu seperti ini menganggap dengan berjumpa pakar kaunseling segala masalahnya akan selesai. Sebenarnya bukan begitu, tetapi semua yang kita dapat dalam hidup kita bergantung kepada usaha sebenar kita selama ini.

Kawan saya tadi berharap agar saya dapat mengubah isterinya adalah satu kesilapan. Saya bukannya jalan singkat untuk segala- galanya. Saya cuma pakar kaunseling.

Pernahkah anda pergi ke satu majlis keramaian dan berasa sangat seronok? Terus terang saya katakan sehebat manapun keseronokan itu ianya tidak akan berkekalan sampai ke keesokan hari. Sebaliknya kehidupan di hari esok sungguh berlainan berbanding sebelumnya.

Saya yakin perkahwinan wujud kerana percintaan. Ada juga pasangan yang sanggup membunuh diri kerana cinta. Tetapi, tahukah anda bahawa ramai juga pasangan yang bercerai? Ini membuktikan bahawa cinta juga sebenarnya bukan sesuatu yang kekal.

Pesan saya: Semua benda di dunia ini tidak akan berkekalan. Apa yang membuatkan cinta, kebahagiaan serta keseronokan itu berkekalan adalah usaha anda sendiri. Untuk kekalkan percintaan, anda haruslah mencari cinta itu setiap hari. CINTA HARUSLAH DIPERBAHARUI SETIAP WAKTU.

Oleh itu, berbalik kepada kawan saya tadi, dia tidak sepatutnya inginkan cinta daripada isterinya seperti dahulu. Dia sendiri haruslah menabur cinta yang lebih mendalam lagi.

2 Bulan kemudian kami berjumpa lagi. Kawan saya itu mengakui bahawa selama ini dia kurang berusaha. Setelah mempunyai 3 orang anak, isterinya perlu meluangkan masa untuk anak- anak juga. Dia sedar dan tidak sepatutnya mementingkan diri. Kini, dia sanggup meluangkan masa bersama keluarga dengan penuh kasih sayang. Carilah cinta dan kebahagiaan yang berterusan dalam kehidupan berumah tangga.

Wah! Terkejut Saya…

Seorang pelanggan yang sudah menjadi kawan mengajak saya berjumpa di sebuah kefe yang berdekatan dengan pejabat saya. Setelah berbual panjang, dia bertanya ” orang macam saya ada peluangkah untuk mencipta kejayaan?”

saya menjawab ” di situ ada kemahuan di situ ada jalan”. Selain itu saya menjelaskan kepadanya betapa pentingnya memiliki gol atau impian hidup. Ianya pasti membantu anda untuk melihat masa depan dengan lebih jelas.

Dia menjawab, ” cakap senanglah, cuba kalu buat?”.

Wah! dalam hati saya, dia ini macam tak percaya pula. Mungkin dia ingat semua orang yang berjaya tak perlu gol atau impian dalam hidup? Selama ini saya ingatkan orang yang tak ada impian hidup tak perlulah hidup, sebab kalau hidup pun nak buat apa? Nanti susahkan orang pula, nak cari makan pun susah sebab tak pernah simpan tujuan untuk mencari makan. Paling teruk, ada yang salahkan tuhan sebab hidup susah, macamlah Tuhan salah kerana memberi dia nyawa untuk hidup.

Read the rest of this entry »

Manusia VS Teknologi

Manusia adalah pencipta kepada teknologi. Teknologi yang canggih melambangkan kecanggihan penciptanya. Setiap abad berlalu, semakin canggih teknologi yang dicipta. Kehidupan manusia di dunia telah dipengaruhi oleh teknologi yang canggih ini.

Sungguhpun begitu, ada juga segelintir manusia yang kalah dengan teknologi dan dianggap seperti ketinggalan Zaman. Ini kerana teknologi dicipta oleh individu yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi manakala orang lain terpaksa mengikut dari belakang. Adakah anda ingin sentiasa mengetahui atau sanggup ketinggalan?

Jika anda memilih untuk ketinggalan maka banyaklah benda atau teknologi terbaru yang canggih sekarang yang anda tidak tahu. Jadi, secara logiknya saya percaya anda pasti memilih untuk mengetahui perkembangan teknologi yang canggih ini untuk elakkan diri dari ketinggalan Zaman.

Soalan saya; Haruskah anda takut ketinggalan Zaman?

Ramai kawan- kawan sering menanyakan soalan begini kepada saya sampai jemu rasanya hendak menjawab. Sungguhpun begitu saya kagum kerana mereka memiliki satu sifat orang berjaya iaitu sifat ingin tahu. Di sebalik itu, izinkan saya mengucapkan tahniah kerana anda bakal mencipta kejayaan.

Nah ini jawapan saya.

Read the rest of this entry »