Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

Kenangan ketika Pelancaran buku antarabangsa di kuala lumpur.

Saya masih teringat lagi ketika pelancaran buku di PWTC KL. Untuk pelancaran tu, saya kenalah menaiki pesawat dari Kuching ke KLIA. Ketika sedang duduk, di airport kuching, Saya sempat bersalaman dengan CEO air asia Dato Tony Fernandes yang baru sampai ke kuching. Beliau sangat peramah dan sentiasa senyum.

Sedang menantikan waktu untuk bertolak, saya sempat berbual dengan seorang kawan iaitu Prof Dr Frank yang juga merupakan director Open University. Kami sempat bercerita tentang buku Masa Cipta Kejayaan yang saya tulis. Pelbagai idea dikongsi bersama dalam masa yang singkat itu.

Gambar di atas pula, kelihatan saya naik ke pentas, yang berbaju merah adalah penulis terkenal Azizi Ali, berbaju biru gelap pula CEO MPH bookstores serta kakitangan Truewealth Publishing.

Selain itu, saya sempat bergambar dengan para penulis yang hadir pada masa itu.

Apa yang saya nak terangkan di sini ialah ianya satu pengalaman yang indah dengan mengenali ramai orang ternama selain kawan- kawan rapat.

Jika anda membaca buku Masa Cipta Kejayaan iaitu bahagian “Berfikir di Gambaran Akhir” anda pasti dapat mempelajari sesuatu rahsia dalam mempraktikkannya. Bukannya saya terlalu hebat sehingga dikenali ramai tetapi, dengan berfikir di gambaran akhir saya yang hanyalah budak kampung suatu ketika dulu juga boleh menikmati sedikit kejayaan hidup. Kini, saya tidak sabar lagi untuk melangkah lebih jauh ke arah mencipta kejayaan. Anda juga boleh Berjaya!! Selamat Berjaya!!!

Lawatan ke Kuala Lumpur

Saya baru saja balik dari Kuala Lumpur. Sungguhpun begitu saya sempat berjumpa dengan En. Mir Helminiry ( Presiden akademi hipnosis Malaysia) di intekma Resort Shah Alam.

Wow, sungguh menakjubkan setelah melihat beliau beaksi dalam menghipnosis salah seorang peserta yang hadir. Peserta tu memang benar- benar terpukau. Bukan saya seorang sahaja malah ada lagi beberapa orang rakan yang lain juga kagum.

Sebenarnya Hipnosis telah lama dipraktikkan di negara barat. Ianya satu cara yang mampu menenangkan seseorang dan boleh meningkatkan keyakinan diri.

Aset berharga kehidupan..

seorang remaja yang saya kenali sering menganggap ibu dan ayahnya tidak faham yang dunia sekarang semakin moden. setiap gerak gerinya sering diambil tahu oleh kedua orang tuanya itu..

apa yang paling tidak menyenangkannya ialah setiap kali balik lewat mereka akan menunggu di depan rumah dengan muka masam. seringkali jua kata- kata nasihat mereka sudah biasa didengari. Dia berasa kurang senang dan tidak bebas. ayahnya dia gelar sebagai singa yang garang manakala ibunya seperti harimau.

Mendengar penjelasannya itu, saya agak terkejut. Sungguhpun saya anggap dia sebagai kawan tetapi saya harus memberi nasihat yang betul tanpa berat sebelah..

saya berkata ” kawanku, memang benar kamu berasa terkongkong. saya faham. sungguhpun begitu, jgn lupa bahawa mereka bertindak demikian kerana mereka sayang awak.

Sekarang mungkin awak salah anggap. tetapi kelak jangan pula kamu rindu jika mereka sudah tiada. Ramai remaja tidak tahu bahawa ibu bapa mereka sangat menyayangi mereka. Hargailah saat yang ada bersama mereka dan cubalah bawa berbincang dengan mereka segala masalah anda. Anda sangat bertuah jika anda dapat tahu bahawa begitu ramai orang yang inginkan belaian kasih ibu bapa terutamanya anak- anak yatim. Jadilah lebih rasional dengan orang tuamu. ok.

Jadilah Pemimpin Yang Hebat!

Seringkali kita terdengar orang merungut kerana kerosakan harta benda awam. Kebanyakannya disebabkan oleh para remaja atau golongan muda. Itulah yang dikatakan orang ramai. Sebanarnya semua orang sama sahaja. Semua orang mampu melakukan sesuatu yang baik dan sesuatu yang tidak baik. Segala tindakan yang diambil berpunca daripada cara seseorang individu itu berfikir.

            Mungkin anda hairan jika masalah vandalisme saya kaitkan dengan tajuk “Pemimpin yang Hebat.”. Apakah kaitannya?

            Mudah sahaja, untuk menjadi pemimpin yang hebat, anda haruslah tahu seimbangkan pengetahuan atau ilmu dengan pembangunan. Di mana, masyarakat sekarang bukan sahaja memerlukan kemudahan yang lengkap tetapi ilmu pengetahuan yang tinggi. Contohnya penggunaan internet akan mudah disalahgunakan jika seseorang itu belum matang lagi. Selain itu, harta benda awam yang disediakan seperti pondok telefon, perhentian bas dan sebagainya dirosakkan tanpa mengetahui betapa pentingnya kemudahan tersebut.

            Mungkin anda pernah mendengar pepatah ini;

 

“ Jika anda berikan ikan kepada anak anda pada hari ini, esoknya dia pasti akan menunggu ikan lagi pada keesokan harinya. Tetapi, jika anda mengajar anak anda memancing ikan, dia mampu mencari ikan sendiri tanpa perlukan bantuan anda. “

 

Pemimpin yang saya maksudkan di sini bukan sahaja para ahli politik atau tokoh korporat tetapi juga diri anda yang sebagai bapa/ ibu/ anak/ kakak/ abang/ adik serta banyak lagi.

            Ingat! Jangan terlalu memberi kesenangan kepada anak2 tetapi ajarlah mereka bagaimana hendak Hidup dalam kejayaan.