Seorang kawan mengadu kepada saya bahawa hubungannya dengan isterinya tidak seperti dulu lagi. Seolah- olah semakin banyak masalah pula yang datang. Katanya isterinya dah tak sepeti dahulu lagi. Kini, walaupun sudah mempunyai tiga orang anak, dia merasakan isterinya kurang mesra berbanding dahulu.
Kalau dahulu, isterinya sentiasa memastikan rumah dalam keadaan yang sangat kemas, membuat segala kerja rumah dengan baik dan makanan sentiasa terhidang tepat pada waktunya.
Setelah mengadu kepada saya, dia berharap saya dapat membantu agar isterinya kembali seperti dahulu.
Terus terang saya katakan saya tidak dapat mengubah isterinya dengan apa cara sekalipun kerana saya bukan Tuhan. Apa yang boleh saya buat hanya memberi kaunseling dan nasihat. Perubahan bergantung kepada individu itu sendiri.
Ramai individu adalah pemalas dan sering memilih jalan yang singkat. Contohnya mencari jalan singkat untuk kaya dengan membeli nombor ekor atau skim cepat kaya. Individu seperti ini menganggap dengan berjumpa pakar kaunseling segala masalahnya akan selesai. Sebenarnya bukan begitu, tetapi semua yang kita dapat dalam hidup kita bergantung kepada usaha sebenar kita selama ini.
Kawan saya tadi berharap agar saya dapat mengubah isterinya adalah satu kesilapan. Saya bukannya jalan singkat untuk segala- galanya. Saya cuma pakar kaunseling.
Pernahkah anda pergi ke satu majlis keramaian dan berasa sangat seronok? Terus terang saya katakan sehebat manapun keseronokan itu ianya tidak akan berkekalan sampai ke keesokan hari. Sebaliknya kehidupan di hari esok sungguh berlainan berbanding sebelumnya.
Saya yakin perkahwinan wujud kerana percintaan. Ada juga pasangan yang sanggup membunuh diri kerana cinta. Tetapi, tahukah anda bahawa ramai juga pasangan yang bercerai? Ini membuktikan bahawa cinta juga sebenarnya bukan sesuatu yang kekal.
Pesan saya: Semua benda di dunia ini tidak akan berkekalan. Apa yang membuatkan cinta, kebahagiaan serta keseronokan itu berkekalan adalah usaha anda sendiri. Untuk kekalkan percintaan, anda haruslah mencari cinta itu setiap hari. CINTA HARUSLAH DIPERBAHARUI SETIAP WAKTU.
Oleh itu, berbalik kepada kawan saya tadi, dia tidak sepatutnya inginkan cinta daripada isterinya seperti dahulu. Dia sendiri haruslah menabur cinta yang lebih mendalam lagi.
2 Bulan kemudian kami berjumpa lagi. Kawan saya itu mengakui bahawa selama ini dia kurang berusaha. Setelah mempunyai 3 orang anak, isterinya perlu meluangkan masa untuk anak- anak juga. Dia sedar dan tidak sepatutnya mementingkan diri. Kini, dia sanggup meluangkan masa bersama keluarga dengan penuh kasih sayang. Carilah cinta dan kebahagiaan yang berterusan dalam kehidupan berumah tangga.

Selamat sejahtera,
betul kata en.Quincy tu, cinta dan kebahagian itu tidak berkekalan sampai bila2.. hidup di dunia ini bukan di syurga yang penuh dengan kesukaan tetapi cabaran dan dugaan silih berganti. Hari ini kita tersenyum, esok kita bersedih.begitulah hidup di dunia.Sebagai seorang manusia kita tidak boleh terleka dengan kesenangan yang ada sebab ia akan ditarik balik oleh Tuhan bila-bila masa saja dan tidak boleh pula berputus asa apabila ditimpa musibah. Kita harus bangun dengan semangat yang baru untuk teruskan hidup:)sekian…