Seringkali kita terdengar orang merungut kerana kerosakan harta benda awam. Kebanyakannya disebabkan oleh para remaja atau golongan muda. Itulah yang dikatakan orang ramai. Sebanarnya semua orang sama sahaja. Semua orang mampu melakukan sesuatu yang baik dan sesuatu yang tidak baik. Segala tindakan yang diambil berpunca daripada cara seseorang individu itu berfikir.

            Mungkin anda hairan jika masalah vandalisme saya kaitkan dengan tajuk “Pemimpin yang Hebat.”. Apakah kaitannya?

            Mudah sahaja, untuk menjadi pemimpin yang hebat, anda haruslah tahu seimbangkan pengetahuan atau ilmu dengan pembangunan. Di mana, masyarakat sekarang bukan sahaja memerlukan kemudahan yang lengkap tetapi ilmu pengetahuan yang tinggi. Contohnya penggunaan internet akan mudah disalahgunakan jika seseorang itu belum matang lagi. Selain itu, harta benda awam yang disediakan seperti pondok telefon, perhentian bas dan sebagainya dirosakkan tanpa mengetahui betapa pentingnya kemudahan tersebut.

            Mungkin anda pernah mendengar pepatah ini;

 

“ Jika anda berikan ikan kepada anak anda pada hari ini, esoknya dia pasti akan menunggu ikan lagi pada keesokan harinya. Tetapi, jika anda mengajar anak anda memancing ikan, dia mampu mencari ikan sendiri tanpa perlukan bantuan anda. “

 

Pemimpin yang saya maksudkan di sini bukan sahaja para ahli politik atau tokoh korporat tetapi juga diri anda yang sebagai bapa/ ibu/ anak/ kakak/ abang/ adik serta banyak lagi.

            Ingat! Jangan terlalu memberi kesenangan kepada anak2 tetapi ajarlah mereka bagaimana hendak Hidup dalam kejayaan.