Baru- baru ini (Disember 2008), kilang Western Digital atau sebelum ini dikenali sebagai Komag USA membuat pengumuman akan menutup kilang dan berhenti beroperasi di Sarawak. Ini mengakibatkan seramai 1500 orang pekerja hilang pekerjaan. Apa nak buat ye? Masalah ekonomi global melanda.
Para pemimpin politik di Sarawak berharap agar mereka yang diberhentikan kerja mampu mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan.
Boleh ke jadi usahawan? Inilah soalan yang pasti bermain di fikiran mereka..
Nasihat saya…
Saya tahu mereka pasti ingin mengubah hidup mereka untuk menjadi lebih baik. Menjadi usahawan adalah peluang yang terbaik untuk mengubah hidup dan berdikari. Selama ini mereka adalah pekerja dan masa depan ditentukan oleh majikan. Memang patut untuk berubah kan…
Namun, sebenarnya bukan senang untuk berjaya dalam bidang keusahawanan. Nampak je senang. Ada orang kata, “kalau saya ada duit pastinya saya akan buka kedai dan jaga kedai sahaja macam tauke cina. Hari- hari duit datang…” tapi macam mana duit nak datang kalau angan – angan lebih dari tindakan?
Bagaimana kalau duit ada pula.? Ha.. inilah yang nak saya kongsikan.. maksud saya di sini ialah golongan yang mendapat duit pampasan, menang nombor ekor, penerima wang KWSP selepas bersara dan banyak lagi..
Semua mereka yang tergolong dalam kumpulan yang saya sebut tadi biasanya akan berfikir untuk memulakan perniagaaan. Tahukah anda bahawa kebanyakan mereka ini yang cuba melangkah ke alam usahawan telah gagal. Duit yang ada habis begitu sahaja.. Ada yang buka kedai tetapi rugi, ada yang buat perniagaan sendiri tetapi susah nak cari pelanggan atau susah nak dapatkan kontrak kerana persaingan yang hebat.
Macam mana nak bersaing sedangkan begitu ramai para usahawan di luar sana. Ada yang sudah berniaga berpuluh tahun dah..
Nak tahu kenapa?
Jawapannya adalah ramai orang suka memiliki apa yang dimiliki oleh orang yang berjaya contohnya seperti kedai yang besar, kereta besar, pejabat besar, rumah besar dan sebagainya. Selepas memiliki barulah mereka ingin melakukan apa yang dilakukan oleh orang yang berjaya seperti mencari pelanggan, berniaga serta mencari kontrak.. Akhirnya barulah mereka akan menjadi seseorang yang berjaya..
Boleh ke? Kenapa ramai orang yang dapat duit pencen gagal dalam perniagaan dan ada juga yang tutup kedai? Sungguhpun begitu ramai pula orang yang berjaya bermula dari hidup yang susah.. Fikirkanlah…
Mudah sahaja..
Lihat balik bagaimana tanggapan mereka. Langkah yang mereka ambil ialah 1. memiliki, 2. melakukan, 3 menjadi seseorang yang berjaya.
Terus terang saya katakan cara ini kurang berkesan dalam memulakan perniagaan. Sepatutnya seseorang itu harus menggunakan langkah 1- menjadi seseorang yang berjaya, 2- melakukan apa yang dilakukan oleh orang yang berjaya dan 3- memiliki.
Langkah 1, menjadi orang yang berjaya. Orang yang berjaya adalah orang yang berilmu dan berpengalaman. Rata- rata mereka berjaya kerana hasil uasaha mereka dan kesabaran dalam menghadapai segala dugaan. Sebab itu kerajaan menggalakkan program keusahawanan. Belajarlah dari orang yang sudah berjaya.
Langkah 2. Lakukan apa yang dilakukan oleh oarng yang berjaya. Gunakan ilmu yang dipelajari untuk menjadi hebat.
Langkah3. jika anda sudah mahir dalam langkah 1 & 2 anda pasti memiliki apa yang sepatutnya dimiliki oleh insan yang berjaya.
Oleh itu, saya amat berharap mereka yang menerima duit pampasan agar memilih untuk MENJADI insan yang berjaya.

Leave a comment