Baru- baru ini seorang teman yang saya sangat kenali mengadu kehilangan handphone. Kejadian ini berlaku di kota kinabalu Sabah. Saya menjadi sangat bimbang, sungguhpun begitu saya bersyukur kerana tiada apa- apa yang berlaku terhadapnya. Si peragut yang tidak berperikemanusiaan menolak dia yang sedang berbaris untuk memasuki kenderaan awam dan mencuri handphone kepunyaannya dari dalam handbag.

Menurut orang ramai, kes seperti itu sudah biasa berlaku di situ. Biasanya golongan yang sering melakukan jenayah di kawasan tersebut adalah para pendatang asing. Itu kata orang ramai, biarlah apa orang nak kata lagipun itu hanya pendapat.

Berbalik kepada teman saya tadi. Dia berasa fobia untuk keluar ke bandar lagi. Perasaan takut masih lagi menghantui sedikit. Saya berasa kasihan dan simpati.

Yang paling dia susah untuk terima ialah kehilangan handphone kesayangannya yang baru dibeli. Setiap malam dia akan cuba ingat kembali handphonenya itu, dan menangis. Apabila saya telefon tanyakan khabar dia katakan dia bersedih dan tiada seorang pun yang mampu membantunya menghilangkan rasa sedih itu termasuk saya. Seringkali dia meluahkan rasa tak puas hati dengan peragut tersebut seolah- olah ingin menyimpan dendam. Pernah jiga dia kata yang dia ingin berkabung seolah- olah ada kes kematian.

Persoalannya, apa yang difikirkan adalah apa yang dah berlaku tadi dan dia memilih untuk bersedih. Setiap malam dia merasakan dia patut bersedih kerana bersalah terhadap handphonenya itu. Apabila saya telefon pula dia katakan “awak pun tak dapat hilangkan rasa sedih saya”. Saya cuba hendak menolong tetapi dia tidak mahu pula. Jadi, macam mana mau tolong melainkan dia sanggup menerima pertolongan.

Bayangkan kalu dia berterusan memerap diri dengan rasa bersalah, apa akan terjadi? Dalam masa sebulan, 2 bulan dan seterusnya. Berbaloikah? Dapatkah handphone itu datang dengan sendirinya jika kita bersedih? Ingatlah bahawa masa itu cepat berlalu, gunakan masa itu untuk mencipta kejayaan. Ok.

Di sini kita dapat lihat bahawa dalam otak manusia ada tersenbunyi sifat negatif yang disayangi. Kita terlalu sayangkan perkara negatif. Contohnya dalam kes tadi, si mangsa lebih suka memilih untuk bersedih dan bersalah tetapi bukankah lebih baik jika dia kurangkan sedikit kesedihannya itu dengan belajar dari kesilapan serta berfikiran lebih ke hadapan.

Pesan saya, lebihkan berfikan ke hadapan kerana perkara yang lama sudah berlalu dan tidak akan datang kembali. WHAT’S NEXT?

Sungguhpun begitu, saya sangat mengenali teman saya ini. Dia bukannya apa, Cuma ingin melepaskan geram. Saya hanya ingin mengambil situasinya tadi untuk kita belajar sama. Beberapa hari selepas itu, dia pulih seperti biasa dan belajar dari kesilapannya. Mulai dari hari ini dia akan sentiasa berhati – hati. Tahniah saya ucapkan kepada dia. Jika dia terus pandang ke hadapan, saya percaya dia pasti akan BERJAYA.