Manusia dan Masalah!
Semua benda hidup di dunia ini harus mempunyai masalah. Apatah lagi manusia. Siapa diri anda yang sebenarnya bergantung kepada bagaimana hebatnya anda dalam menyelesaikan masalah.
Saya ingin kongsikan hal ini kerana, ramai mereka yang asyik merungut kerana belum Berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Mereka ni macam tak puas hati je.. ada pula yang berkata dunia ini tidak adil.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang sudah Berjaya? Adakah dunia ini terlalu menyebelahi mereka?
Mari kita ambil contoh orang yang Berjaya seperti Tan Sri Lim yang Berjaya mewujudkan Genting Highland sehingga Berjaya tersenarai dalam senarai orang terkaya di Malaysia.
Beliau dilahirkan dari keluarga miskin di China. Akibat hidup susah pelbagai benda dilakukan untuk menampung kehidupan. Apabila Negara China diserang oleh tentera jepun, beliau sanggup menaikki tongkang ke Malaysia kerana kemungkinan beliau akan dibunuh jika dijumpai oleh askar Jepun.
Di Malaysia dia tinggal bersama saudaranya yang juga merantau. 1945 Jepun menyerang Malaya. Rakyat cina sering didera oleh pihak Jepun. Untuk meneruskan kehidupan, beliau memberanikan diri menanam sayur untuk berniaga dan mengutip besi buruk. Dalam keadaan darurat pun dia terpaksa jalankan perniagaan sehingga hampir dibunuh.
Setelah Jepun berundur, beliau menggunakan duitnya yang ada untuk membeli lading getah, berniaga besi buruk dan antara yang paling berhasil ialah menjadi agen jentera berat.
Semua perniagaannya dijual termasuk ladang getahnya untuk menawan puncak Genting. Beliau seringkali mengalami masalah kewangan sehingga hampir muflis. Namun, dengan kebijaksanaan dalam menangani masalah, beliau Berjaya.
Ramai orang yang ingin Berjaya seperti beliau, tetapi berapa ramaikah orang sanggup berjuang mencipta kejayaan seperti beliau? FIKIRKANLAH…..
Masalah yang ingin saya tekankan…
Ramai individu sering mengeluh kerana perniagaan mereka mengalami kesulitan. Ada yang sanggup membuat kesimpulan bahawa dunia ini tidak adil.
Ramai mereka yang datang kepada saya dengan berkongsi masalah masing- masing dan mengeluh. Padahal baru je nak memulakan perniagaan pun. Seolah- olah mereka bukannya hendak berniaga tetapi sebaliknya menjadi seorang yang sangat manja. Inilah sifat orang yang Berjaya?
Saya sendiri tidak lari dari kesusahan. Nasihat saya jangan putus asa. PAsti ada jalan penyelesaian. Saya sarankan anda membaca buku MASA CIPTA KEJAYAAN yang saya tulis. DApatkan dari mana- mana kedai buku MPH yang berdekatan.
Semoga Berjaya.

Leave a comment