Seorang pelanggan yang sudah menjadi kawan mengajak saya berjumpa di sebuah kefe yang berdekatan dengan pejabat saya. Setelah berbual panjang, dia bertanya ” orang macam saya ada peluangkah untuk mencipta kejayaan?”
saya menjawab ” di situ ada kemahuan di situ ada jalan”. Selain itu saya menjelaskan kepadanya betapa pentingnya memiliki gol atau impian hidup. Ianya pasti membantu anda untuk melihat masa depan dengan lebih jelas.
Dia menjawab, ” cakap senanglah, cuba kalu buat?”.
Wah! dalam hati saya, dia ini macam tak percaya pula. Mungkin dia ingat semua orang yang berjaya tak perlu gol atau impian dalam hidup? Selama ini saya ingatkan orang yang tak ada impian hidup tak perlulah hidup, sebab kalau hidup pun nak buat apa? Nanti susahkan orang pula, nak cari makan pun susah sebab tak pernah simpan tujuan untuk mencari makan. Paling teruk, ada yang salahkan tuhan sebab hidup susah, macamlah Tuhan salah kerana memberi dia nyawa untuk hidup.

