Tentang Penulis
Quincy Kandoh lebih tahu erti kejayaan yang sebenar. Beliau telah memiliki ijazah sarjana muda kepujian pada usia 22 tahun. Setelah itu beliau bekerja sebagai seorang penolong pengurus di sebuah syarikat swasta. Dalam masa kurang dari setahun beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menentukan masa depan sendiri.
Dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi, beliau percaya dia pasti berjaya. Oleh itu, beliau telah membaca banyak buku untuk mencari rahsia kejayaan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari.
Seterusnya beliau menceburi bidang jualan dengan menjadi seorang jurujual. Setiap hari beliau akan menjual barang – barang seperti alat tulis, buku atau barang kegunaan harian ke tempat- tempat seperti kedai, pejabat, restoran, gerai dan kawasan kaki lima. Pada waktu malam pula dia menceburi bidang jualan langsung bersistem multi – level.
Setelah hampir setahun beliau berhenti sebagai jurujual dan memberi tumpuan kepada perniagaan multi- level yang sudah mula menampakkan keuntungan. Malangnya syarikat multi- level itu tidak dapat bertahan lama dan terpaksa ditutup.
Beliau telah melalui pelbagai rintangan dan kegagalan yang dianggapnya hanyalah satu proses pembelajaran sebelum berjaya. Dalam usia semuda 26 tahun beliau adalah perunding serta pelabur hartanah dan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
