Seorang pelanggan yang sudah menjadi kawan mengajak saya berjumpa di sebuah kefe yang berdekatan dengan pejabat saya. Setelah berbual panjang, dia bertanya ” orang macam saya ada peluangkah untuk mencipta kejayaan?”

saya menjawab ” di situ ada kemahuan di situ ada jalan”. Selain itu saya menjelaskan kepadanya betapa pentingnya memiliki gol atau impian hidup. Ianya pasti membantu anda untuk melihat masa depan dengan lebih jelas.

Dia menjawab, ” cakap senanglah, cuba kalu buat?”.

Wah! dalam hati saya, dia ini macam tak percaya pula. Mungkin dia ingat semua orang yang berjaya tak perlu gol atau impian dalam hidup? Selama ini saya ingatkan orang yang tak ada impian hidup tak perlulah hidup, sebab kalau hidup pun nak buat apa? Nanti susahkan orang pula, nak cari makan pun susah sebab tak pernah simpan tujuan untuk mencari makan. Paling teruk, ada yang salahkan tuhan sebab hidup susah, macamlah Tuhan salah kerana memberi dia nyawa untuk hidup.

Tetapi, kawan saya ini berkata ” cakap senanglah, cuba kalu buat?”. Inilah masalah yang dihadapi oleh segelintir masyarakat.  Semuanya nak senang. Nak buat impian pun susah, tapi nak berjaya pula.

Ingatlah, semua orang yang berjaya bermula dari impian barulah dia bertungkus lumus untuk membuat impiannya tercapai. Kalau anda sudah memasang impian, tahniah dan kalau boleh pastikan impian anda itu besar seperti apa yang anda mahu untuk beberapa tahun akan datang.

Selepas minum, kami ke kereta masing- masing. Dalam perjalanan ke tempat parking, kami ternampak sebuah kereta BMW X5 lalu. Saya menjeling ke arah dia sambil tersenyum dan berkata ” jika anda ada impian, untuk memandu kereta begini suatu hari nanti tidak mustahil”.

Dalam sekelip mata riak mukanya berubah. Mungkinkah dia ingin berubah dan mula berimpian?.

Jawapannya tidak sama sekali. Sebaliknya dia menegaskan ” sampai mati pun mungkin saya tidak akan memiliki kereta seperti itu”.

Wah! terkejut saya.. nasib baik saya tak pengsan. Macam mana orang seperti ini hendak berjaya. Dia sangat pandang rendah terhadap dirinya. Berbadan sasa, tinggi dan tegaktetapi menganggap dirinya tidak sempurna. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna tetapi manusia tidak mahu mengaku dia sempurna pula.